About Us

 

  History

  FAQ

   Contact

 
 

 

English | Malay

Apakah itu “Ion Negatif”?

Dari pengetahuan sains, “ion” merupakan partikel yang membawa caj. Partikel yang mempunyai caj positif dipanggil ‘ion positif’ dan yang membawa caj negatif dipanggil ‘ion negatif’. Hubungan ion negatif dan kesihatan manusia telah dijumpai sejak lebih seratus tahun dahulu. Bagaimanapun, aplikasi ion negatif dalam klinikal bermula hanya lebih kurang sepuluh tahun yang lalu, dan penggunaan ion negatif dalam kehidupan kesihatan seharian hanya bermula sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dari semua komponen gas dalam udara, oksigen dan karbon dioksida mempunyai keupayaan yang lebih kuat dalam mendapatkan elektron bebas. Oleh kerana oksigen merangkumi nisbah yang agak besar dalam udara, elektron bebas yang terhasil dari pengionan udara kebanyakannya ditangkap oleh oksigen dan membentuk ion negatif. Oleh itu, apa yang kita panggil ‘ion negatif’ sebenarnya adalah sekumpulan ion oksigen negatif. Kumpulan ion negatif oksigen biasanya mempunyai tidak melebihi 12 molekul gas yang mengelilingi satu molekul oksigen yang membawa caj negatif. Oleh kerana molekul air merupakan molekul yang amat senang memecah menjadi ion di alam semula jadi, maka di persekitaran yang kaya dengan molekul air seperti air terjun, kumpulan ion negatif wujud dalam bentuk molekul air bercaj negatif (ion hidroksil yang melekat pada air).

Ion-ion dalam udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis : ion ringan (kumpulan ion kecil), ion medium dan ion berat (kumpulan ion besar). Hanya ion ringan bersifatkan bioaktif kerana hanya kumpulan ion kecil dapat memasuki badan manusia dan mencapai keberkesanan kesihatan.

Pembentukan Ion Negatif

Di alam semula jadi, ion positif dan negatif di udara terjadi akibat radiasi uv, kosmik, bahan radioaktif, kilat, ribut, air terjun, ombak laut dan sebagainya. Tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis membebaskan oksigen dan ion negatif pada masa yang sama. Ion negatif terhasil dan hilang di persekitaran secara terus-menerus, dan biasanya dalam suatu keadaan keseimbangan dinamik. Juga, akibat kesan statik ionosfera, permukaan bumi berkutub negatif, ion negatif di udara tertolak dari permukaan bumi manakala ion positif pula tertarik kepada permukaan bumi.
Ion negative terbentuk di alam semula jadi

Dengan demikian, dalam keadaan biasa, terdapat lebih banyak ion positif dari ion negatif di permukaan bumi. Nisbah ion positif kepada ion negatif biasanya melebihi 1, dengan kepekatan masing-masing lebih kurang 400 – 700 ion/cm3. Bila kepekatan ion positif menjadi terlalu banyak, maka kesihatan badan akan terganggu. Persekitaran yang amat baik untuk kesihatan badan seperti air terjun mempunyai kepekatan ion negatif yang jauh lebih tinggi dari ion positif, dengan nisbah lebih kurang 2:1.

 

 

  • Kenaikan Ion Negatif
  • Pemilihan Produk Ion Negatif
  • Kepentingan Ion Negatif
  • HOME
     
     

     

     

    [ Home ][ English ][ Malay ][ Chinese ]
    Copyright@2009 GNE Worldwide All Right Reserved